Yes, You can now pay us via Touch n Go eWallet now.
Hassle free.
Secure.
Save.
Easy.
Fast.
Recent Posts
Archive
Tags
Yes, You can now pay us via Touch n Go eWallet now.
Hassle free.
Secure.
Save.
Easy.
Fast.
Updated: Feb 6, 2020
Shared media from SAMB
Muat turun info kawasan air berjadual :
Kepada semua pengguna SAMB yang dihormati.
Berikut adalah kawasan yang akan terlibat dalam Bekalan Air Berjadual Zon 1 bagi Daerah Melaka Tengah.
Maklumat mengenai Program Bekalan Air Berjadual SAMB akan sentiasa tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu semua pengguna adalah dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat sahih dan tepat dari semasa ke semasa melalui :
Website:
Facebook :
Twitter :
Instagram :
Telegram :
Kami di SAMB akan sentiasa mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa dan mengambil maklum semua aduan yang dibuat.
Jika ada sebarang aduan dan pertanyaan, hubungi 15800 atau email kepada aduan@samb.com.my
Gunakan Air Secara Berhemat. Elakkan Pembaziran.
25 Januari 2020 – Pengesanan Kes Baharu yang Disahkan Dijangkiti 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia BY DG OF HEALTH ON JANUARY 25, 2020 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai pengesanan satu (1) lagi kes yang disahkan dijangkiti 2019 novel coronavirus (2019-nCoV). Kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tiga (3) kes positif yang telah dilaporkan pada awal hari ini. Kes terbaru ini merupakan seorang lelaki berumur 40 tahun yang berasal dari Wuhan, China. Kes tiba di Johor Bahru pada 22 Januari 2020 dengan menaiki bas dari Singapura. Kes datang bersama sekumpulan pelancong warga China seramai 17 orang kesemuanya; yang turut terdiri daripada isteri dan seorang anaknya. Kes mula mengalami gejala demam pada 23 Januari 2020 dan keesokan harinya beliau telah pergi mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital swasta berhampiran. Beliau seterusnya telah dirujuk oleh pihak hospital swasta tersebut untuk menerima rawatan lanjut di bawah jagaan Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Ujian pengesanan dan pengesahan bagi kes ini telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Pada petang 25 Januari 2020, pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima pelaporan bahawa sampel pesakit terbabit didapati positif 2019-nCoV. Pada ketika ini kes masih demam dan batuk, namun beliau berada dalam keadaan stabil. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah bertindak segera dengan mengesan kesemua 17 kontak daripada kumpulan pelancongan yang sama yang disertai oleh kes dan melakukan saringan kesihatan bagi memeriksa status kesihatan mereka. Hasil saringan mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan. Sampel klinikal seterusnya telah diambil dalam kalangan kontak tersebut untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV di MKAK Sungai Buloh. Kesemua kontak tersebut seterusnya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka. Langkah lindungi diri
Buat masa ini KKM ingin menyarankan kepada orang ramai yang ingin melawati negara China agar menangguhkan perjalanan mereka kecuali untuk urusan penting yang tidak boleh dielakkan. Begitu juga, orang ramai adalah diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut, khususnya kepada para pengembara semasa berada di negara China dan selepas pulang ke Malaysia: 1. Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer); 2. Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu; Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala; 3. Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan; 4. Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna; 5. Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut. Begitu juga, maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan 6. Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 25 Januari 2020 Media share from https://kpkesihatan.com/2020/01/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-januari-2020-pengesanan-kes-baharu-yang-disahkan-dijangkiti-2019-novel-coronavirus-2019-ncov-di-malaysia/